| muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghempuk | membantingkan, menghempaskan: jangan beri gelas kepadanya, nanti dihempuknya pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hempuk | ; menghempuk membantingkan, menghempaskan: jangan beri gelas kepadanya, nanti dihempuknya pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| saran | pendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: memberi ~ mengemukakan pendapat. menyarankan mengemukakan sesuatu pendapat; memberi saran; menganjurkan: Dia ~ supaya suatu tabung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg disarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pendapat utk mencari pengaruh dan sokongan; dakyah; propaganda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyumbang | 1 memberi bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anaknya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sumbang II | ; menyumbang 1 memberi bantuan kpd orang yg mengadakan keramaian: Ketika mengahwinkan anaknya dahulu, banyak orang yg ~. 2 turut memberi sokongan atau bantuan (spt wang ringgit, tenaga): Diharapkan tuan-tuan sekalian dpt ~ kpd syarikat kami dgn membeli saham yg kami keluarkan. menyumbangkan menjadikan sesuatu sbg sokongan atau bantuan; memberikan sesuatu sbg bantuan: Mereka telah ~ fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu. sumbangan apa-apa yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan; pertolongan: Apakah ~ saudara kpd masyarakat sejak saudara lulus dr universiti? penyumbang orang yg memberikan sumbangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengalasi | memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~ perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengalas | , mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~ perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| letak | duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), mengenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiahkan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetapkan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rupa | 1 sifat atau keadaan sesuatu benda yg kelihatan: ~ kepala binatang itu spt kepala kuda. Puncak menara masjid itu ~nya spt roket. 2 = ~ muka paras muka; roman muka seseorang: ~nya yg elok itu sangat menawan hati. ~ bentuk rupa dan bentuk. ~ bumi bentuk muka bumi. rupanya 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. rupa-rupanya 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. berupa 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. merupa memperlihatkan rupanya; menjadi ada atau kelihatan (bkn hantu, roh dll). merupai berupa spt: Penduduk pulau itu ~ orang Melayu. merupakan 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. terupa dpt dibayangkan rupanya: ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu. rupawan cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yg ~. serupa 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. menyerupai menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. menyerupakan 1 menjadikan serupa; menyamakan rupanya dll: Orang yg dibunuh itu diserupakan dgn Nabi Isa. Kerajaan telah ~ sistem dan kadar kutipan zakat di seluruh negara. 2 menganggap sama; mengatakan sama: Ijazah dr universiti tsb diserupakan dgn diploma saja. keserupaan sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |