| beria-ria | bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| beria-ia | bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| beria-ria | bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beria-ia | 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beria | 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beria | Ph 1. sungguh-sungguh; 2. tenat (penyakit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beria-ria | bersuka-suka; bergembira; berseronok-seronok: Mereka ~ di tepi pantai. | Kamus Pelajar |
| beria-ia | bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. | Kamus Pelajar |
| ia II | ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~, saya yg bersalah”; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu; pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berperi-peri | bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |