| berdengkot-dengkot | berjalan terhincut-hincut kerana dengkot, berjengkot: lelaki itu ~ mengheret kakinya; terdengkot-dengkot (berjalan) dgn keadaan kaki yg dengkot, terhincut-hincut: orang itu ~ berjalan ke gigi air utk mengutip bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dengkot | (déngkot) pendek sebelah kakinya (kerana cacat, cedera dsb) sehingga menyebabkannya berjalan terhincut-hincut, tempang: kaki kanannya ~ sedikit akibat kemalangan kereta yg dialaminya itu; berdengkot-dengkot berjalan terhincut-hincut kerana dengkot, berjengkot: lelaki itu ~ mengheret kakinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |