| berlari-larian | ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berjoging | berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau pantas, lazimnya utk menyihatkan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| joging | lari perlahan-lahan terutamanya sbg senaman; berjoging berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau pantas, lazimnya utk menyihatkan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlari | bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkelarian | ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlarian | ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlari (-lari) anjing | berlari dgn langkah yg pendek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berlari (-lari) anak | berlari dgn tidak berapa pantas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berlari (-lari) anak | berlari perlahan-lahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| serejang | ; ~ kuda berlari sejauh kuda melompat (berlari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |