Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pancawarna1. lima warna; 2. bermacam­-macam warna, berwarna-warna.Kamus Dewan Edisi Keempat
hijauwarna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berwarna-warna; = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya;Kamus Dewan Edisi Keempat
hijau1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat
puspawarna1 warna pd bunga. 2 berbagai-bagai warna; berwarna-warni.Kamus Pelajar Edisi Kedua
putih1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. ~ tulang meninggal dunia; mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihi menjadikan berwarna putih: Ubannya yg kian banyak ~ kepalanya. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan, yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya. pemutihan proses atau perbuatan menjadikan berwarna putih. pemutih bahan, krim dsb yg memutihkan: krim ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hijauwarna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1. nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2. menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan keadaan hijau. Kehijauan-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya.Kamus Pelajar
warna1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~; ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer; berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik; berwarna-warna = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi; pewarna bahan utk mewarnakan (me­warnai).Kamus Dewan Edisi Keempat
gading I1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh).Kamus Pelajar Edisi Kedua
puspawarna1. sl warna bunga; 2. sl berwarna-­warna, berbagai-bagai, bermacam-macam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas