| blok(block) | 1. Sekumpulan data, kata, rekod, atau aksara yang dikelolakan sebagai satu unit dalam fail. 2. Sebahagian daripada litar yang bertindak sebagai satu unit. 3. Bahagian tertentu dalam bahantara simpanan, seperti pita, yang telah dibahagi-bahagikan sebagai tempat simpanan data. | Kamus Komputer |
| struktur blok(block structure) | Struktur atur cara yang terdiri daripada blok data atau blok subrutin bagi memudahkan pengarangan atur cara dan pengujian dilakukan. | Kamus Komputer |
| sela blok(block gap) | Ruang atau jarak di antara dua blok data atau blok suruhan yang diwujudkan sebagai batasan dalam bahantara simpanan. | Kamus Komputer |
| pindahan blok(block transfer) | Pindahan satu blok data atau lebih dari satu tempat ke tempat lain. | Kamus Komputer |
| pemuatan blok(block loading) | Kaedah pemuatan atur cara ke dalam ingatan utama dengan keseluruhan atur cara diletakkan berdampingan secara fizikal sebagai satu blok. | Kamus Komputer |
| panjang blok(block length) | Jumlah data atau rekod yang terkandung dalam satu blok. | Kamus Komputer |
| isihan blok(block sort) | Kaedah pengisihan yang dilakukan pada kumpulan blok data dan bukan pada data individu. | Kamus Komputer |
| alihan blok(block move) | 1. Tindakan memindahkan blok data dari satu bahagian fail ke bahagian, atau ke fail, lain. 2. Tindakan memindahkan satu blok teks dari satu bahagian dokumen ke bahagian lain dalam pemprosesan perkataan. | Kamus Komputer |
| gambar rajah blok(block diagram) | Perwakilan grafik unit sistem dalam bentuk gambar blok. | Kamus Komputer |
| blok rekod(record block) | Ruang bersaiz tetap dalam peranti simpanan yang diperuntukkan untuk memegang rekod. | Kamus Komputer |