| longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| urita | ark berita, warta: ~nya baginda beristerikan puteri bongsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| urit | , urita ark berita, warta: ~nya baginda beristerikan puteri bongsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anak I | 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manja | 1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| manja I | 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan berjinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendaknya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duduk | 1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mak I | 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perempuan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) saudara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| raja | I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |