| kanigara | ark sj tumbuhan (herba dan bunganya), bunga matahari, Helianthus annuus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kacapiring | sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu, bunga susun kelapa, Gardenia augusta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kertas III | ; bunga ~ sj pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bunga kertas | sj pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| corak I | 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenunan, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) mencorakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manis-manisan | 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manisan | , manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rakam | 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat merakam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg menggunakan pita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tangkai | 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |