| budak kundang | sl budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll), biduanda, juak-juak: maka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kundang I | sl budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll), biduanda, juak-juak: maka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~; berkundang; anak ~ Mn anak yg sangat dikasihi, anak yg dimanjakan; mengundang Mn selalu membawa bersamasama (ke mana-mana); kundangan 1. = ~ raja = budak ~ sl budak kundang; 2. Mn anak berkundang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| setawar | 1. sj tumbuhan (pokok), tawar-tawar, Costus speciosus; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bayam beralih, Cyrtandromoea grandis; 3. sj tumbuhan (pokok renek), bayam beralah, Cyrtandromoea grandis; ~ betina = ~ gajah = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (herba), Forrestia spp.; ~ bukit = ~ gunung sj tumbuhan (pokok kecil), Pseuderanthemum crenulatum; ~ kampung sj tumbuhan (herba), cakar bebek (itik), tapak itik, Kalanchoe laciniata; ~ padang sj tumbuhan (herba), ganti batang, kerencung, raja bangun, sedingin, seringin, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum; ~ ular sj tumbuhan (herba), bunga kuau cermin, paha ayam, pokok tangkai jerami, rumput lidah jin, Peristrophe acuminata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| manis I | manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menunjukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasihkasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tinggal | 1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg dikosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kinabalu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mempedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ketinggalan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 tercicir atau terkebelakang (dlm pelajaran, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala sesuatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |