| hangus(burn) | Berkenaan perkakasan atau perisian komputer yang sudah rosak dan biasanya tidak dapat dibaik pulih. | Kamus Komputer |
| bakar mula(burn-in) | 1. Pengujian sistem dengan mengendalikannya secara sebenar pada peringkat awal hayat penggunaan sistem. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan semua sistem berjalan lancar dan mana-mana sistem yang lemah atau rosak dapat dikenal pasti. Sistem yang rosak atau lemah ini digantikan dengan yang baru. Proses ini mengandaikan bahawa sistem yang dapat bekerja pada tahap ini disahkan baik. 2. Pengujian litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik. | Kamus Komputer |
| masa bakar mula(burn-in time) | 1. Masa yang ditetapkan pada peringkat awal hayat penggunaan sistem bagi memastikan komponen sistem yang dikendalikan secara sebenar berjalan lancar dan dapat disahkan sebagai dalam keadaan baik. 2. Masa yang diambil bagi menguji litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik. | Kamus Komputer |