| mendaftarkan | memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendaftar | , mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memaktubkan | menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan: hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk mengurus Perlembagaan Malaya, pemben-tukan sebuah parlimen negara telah dimak-tubkan dlm perlembagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| surat daftar | surat yg telah dicatatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| maktub | kitab suci; memaktubkan menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan: hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk mengurus Perlembagaan Malaya, pemben-tukan sebuah parlimen negara telah dimak-tubkan dlm perlembagaan; termaktub tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan Persekutuan; pemaktuban perihal memaktubkan sesuatu: ~ dasar utk menggalakkan pelaburan modal asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdaftar | mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah dicatatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| daftar | susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (disyaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah dicatatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (mencatatkan) dlm daftar, mengurus supaya tercatat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dsb mencatatkan (merakamkan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mencatatkan | 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merakamkan | 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| catat | ; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (perhatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga keterangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilangan penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyuarat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) mencatat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |