| mengepruk | memukul hingga pecah atau cedera parah: ~ kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| demdem | sj peluru yg boleh menyebabkan maut atau cedera parah; dumdum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepruk I | Jw; tukang ~ tukang pukul; mengepruk memukul hingga pecah atau cedera parah: ~ kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| darah I | 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ketenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ bertimbang daging prb melawan sampai mati; menakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll) yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pemarah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau berdarah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perempuan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| parah | 1. teruk atau berat sangat (luka, penyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| luka | 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa tersindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindirkan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan bertikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| parah | 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| luka | 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |