| lajur(column) | Kedudukan menegak bagi medan data yang disusun dalam bentuk jadual atau matriks. | Kamus Komputer |
| suis lajur(column switch) | 1. Suis yang disusun supaya membentuk lajur dalam suis matriks. 2. Suis yang digunakan untuk mengawal peranti di bahagian lajur. | Kamus Komputer |
| pisahan lajur(column split) | Paparan yang terpisah pada bahagian lajur helaian hamparan elektronik. | Kamus Komputer |
| penunjuk lajur(column indicator) | 1. Penunjuk yang disusun sebagai lajur matriks. 2. Penunjuk yang berfungsi untuk menunjukkan keadaan lajur kad atau pita. | Kamus Komputer |
| penukaran lajur(column switch) | Kaedah menukarkan suatu lajur kepada lajur lain dalam helaian hamparan elektronik. | Kamus Komputer |
| penjarakan lajur(column spacing) | Penjarakan yang diluangkan antara lajur medan data. | Kamus Komputer |
| klausa lajur(column clause) | Kenyataan lajur kad atau kedudukan aksara. | Kamus Komputer |
| kepala lajur(column heading) | Nama atau label yang diberikan pada medan lajur. | Kamus Komputer |
| unit anjakan lajur(column shift unit) | Unit yang berfungsi untuk menganjakkan suatu lajur medan data ke kedudukan yang lain. | Kamus Komputer |
| peranti penunjuk lajur(column indicating device) | 1. Peranti yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan lajur kad atau pita. 2. Peranti yang digunakan untuk menunjukkan taraf lajur ingatan teras bermagnet. | Kamus Komputer |