| serasi(compatible) | Sifat peranti atau atur cara yang membolehkannya disambung terus pada sistem atau peranti lain tanpa sebarang pelarasan atau pengubahsuaian. | Kamus Komputer |
| perisian serasi(compatible software) | 1. Perisian komputer untuk komputer tertentu yang boleh juga dijalankan oleh komputer jenis lain. 2. Perisian komputer daripada pembuat yang berbeza yang dapat digunakan untuk menggantikan perisian asal. | Kamus Komputer |
| keserasian pin(pin compatible) | Sifat peranti atau cip yang dapat ditukar ganti dengan peranti atau cip lain yang mempunyai bentuk dan kedudukan pin atau palam yang sama. | Kamus Komputer |
| keserasian palam(plug compatible) | Sifat peranti yang palamnya boleh disambung terus pada sistem komputer jenama lain tanpa memerlukan sebarang ubahsuaian. | Kamus Komputer |
| serasi ke bawah(downward compatible) | Sifat sistem baru yang serasi dengan sistem yang lebih kecil atau lebih lama. | Kamus Komputer |
| serasi ke atas(upward compatible) | Sifat sistem yang serasi dengan sistem baru yang akan dikeluarkan. | Kamus Komputer |
| atur cara sokongan serasi(compatible support program) | Atur cara sokongan, yang bukan daripada pembuat asal, yang dapat digunakan untuk menggantikan atur cara sokongan asal. | Kamus Komputer |