| degupan | gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| degup | = degupan gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. berdegup bergerak turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); berdenyut: Jantung orang yg hidup sentiasa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| gap | bunyi degupan jantung, bunyi spt mengetuk meja; ®degap I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| degup | = degupan gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. berdegup bergerak turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); berdenyut: Jantung orang yg hidup sentiasa ~. | Kamus Pelajar |
| perentak jantung(pacemaker) | Peranti kawalan mikropemproses yang mengawal degupan jantung. | Kamus Komputer |
| degap I | bunyi spt bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan jantung dll): sambil mendukung kedua-dua adiknya, ~-~ dia naik ke rumah; ~-degup bunyi degap berulang kali; degap-degap degap-degup; berdegap-degap berbunyi degap-degap: melihat peristiwa yg mengerikan itu, ~ hatinya; degup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| stetoskop | (stétoskop) (Ubat) alat yg digunakan oleh doktor utk mendengar bunyi dlm tubuh (bunyi degupan jantung, pernafasan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemantau | 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pantau | ; memantau melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa ~ projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: ~ terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |