| pemakanan | 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kudap | 1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam; mengudap memakan kuih yg dibeli di luar waktu makan; pengudap orang yg suka mengudap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kudapan | 1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kudap-kudap | 1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ulam I | 1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| makan | 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiarsiar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pengantin); ~ besar a) jamuan makan beramairamai dgn berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dsb; b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn memeras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memakan | 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ubat I | 1. benda yg digunakan (dimakan, disapu-kan, dll) utk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~ orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat; kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri kering (utk lampu picit dll); ~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyem-buhkan batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang, meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu men-jalani pembedahan); ~ dalam ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membeku-kan susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; ~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk meng-hilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan (tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~ nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb) utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan; ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; mengubati, mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn; terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian; ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~ orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dsb): ada seorang orang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa; perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; pengubatan perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik; pengubat sesuatu yg digunakan utk meng-ubat(i); ~ hati ki penghibur hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| racun | 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lauk | 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: tersangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |