| mana | 1. = yg ~ kata yg digunakan utk menanyakan benda dlm satu kumpulan (kelompok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu sekarang?; ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu) kalau mungkin (perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala tempat; 3. perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara sesuatu; bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4. = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; ~lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mung-kin, mustahil: kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu Dolah me-nolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang apa, apa sahaja: ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6. apa: bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak diisikan di dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-lebih lagi, tambahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebelumnya): kepandaian itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menye-dihkan; ~ ... ~ ... baik... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya; ~ ... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas berdesak-desak pula; mana-mana 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapasiapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kembar | 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga; berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll); mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menandingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi berpasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengiringi, menemani, menyertai, membantu, menolong; mengembarkan menjadikan berkembar (berpasangan dll), mengapitkan; terkembari; tiada ~ tidak dapat mengembari atau dikembari (ditentangi), tiada terlawan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini! kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kembar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |