Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dia jun


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tempat1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ubah Ikelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada bezanya; berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya); berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecah-kan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; ~ janji memungkiri janji; ~ langkah ki menukar cara hidup; ~ setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; memperubahkan menjadikan berlainan, mem-perbezakan, memperlainkan; terubah sudah (dapat) diubah; ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau ber-ubah, (sesuatu) yg berlainan drpd yg asal atau semula; ketakberubahan keadaan yg tidak berubah; perubahan perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; pengubahan perihal mengubah (mengubah-kan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan).Kamus Dewan Edisi Keempat
hari1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hari1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, peraya­an Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg peng­hormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk menge­nang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk menge­nang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebang­sa­an hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memper­ingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg dirai­kan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Ke­mer­dekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diper­hitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ mata­hari hari yg panjangnya di­tentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menama­kan calon pilihan raya; ~ perniaga­an hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidil­fitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidil­adha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zul­hijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyem­belih korban (11, 12 dan 13 Zul­hijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan se­seorang dilahirkan, atau sesuatu (per­kah­win­- an, penu­buhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang ta­hun­nya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkah­win­annya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (pe­tang) dikejar-kejar prb membiarkan pe­luang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, be­berapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari per­kah­winan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa ter­sangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengubah1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas