| lukah I | sj alat utk menangkap ikan (yg membolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu: dilihatnya orang mengambil ikan drpd ~nya; ~nya mengena ki tipu muslihatnya berhasil; menahan ~ memasang lukah; bagai ~, tak penuh oleh air prb perihal budak yg tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja); bagai menyandang ~ tiga prb menjalankan (melakukan) pekerjaan yg sukar sungguhpun tidak berat; memasang (menahan) ~ di penggentingan prb mencari keuntungan dr kesempitan (kesukaran) orang; melukah menangkap ikan dgn lukah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menemani | 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merenyut | 1. bergerak perlahan-lahan dan banyak-banyak (semut, ulat, dll), merayap; 2. Kd, Pn, ki terlalu banyak (bilangannya): ~ ikan dlm kolam; ~ manusia di padang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| renyut II | ; merenyut 1. bergerak perlahan-lahan dan banyak-banyak (semut, ulat, dll), merayap; 2. Kd, Pn, ki terlalu banyak (bilangannya): ~ ikan dlm kolam; ~ manusia di padang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jolong-jolong I | ; buaya ~ buaya yg muncungnya panjang tirus, Tomistoma schlegeli; ikan ~ sj ikan laut yg muncungnya panjang lancip, julung-julung, Hemirhamphus spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kering I | 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nyawa | roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan menjadikan senyawa; menjadikan sebati.mempersenyawakan menjadikan bersenyawa; menjadikan bersebati. persenyawaan 1 perbuatan atau hal bersenyawa; perpaduan. 2 proses yg melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| nyawa | roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan menjadikan senyawa; menjadikan sebati. mempersenyawakan menjadikan bersenyawa; menjadikan bersebati. persenyawaan 1 perbuatan atau hal bersenyawa; perpaduan. 2 proses yg melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. | Kamus Pelajar |
| pangkin | 1. sj tempat spt para (biasanya di pasar) utk penjual meletakkan barang jualannya (spt ikan, sayur, dll); 2. = pangking. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pancing | 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |