Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digigit

Puisi
 

Jemur padi padang lalang,
     Habis dimakan ayam denak;
Abang menanti tengah malam,
     Habis belakang digigit nyamuk.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Biar mati ditangkap harimau,
     jangan mati digigit anjing.

Bermaksud :

Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tergigit1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
gigit; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi; menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau mencengkam (bkn kasut); 3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dll): perut Pak Dollah semakin ~ lapar; 4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum; tergigit 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit.Kamus Dewan Edisi Keempat
bintatbekas digigit nyamuk dll pd kulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bintatbekas digigit nyamuk dll pd kulit.Kamus Pelajar
bintulbintil (kerana digigit nyamuk).Kamus Dewan Edisi Keempat
geritankesan atau bekas digigit (tikus dll): Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geritankesan atau bekas digigit (oleh tikus dll): Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu.Kamus Pelajar
bintulbengkak-bengkak kecil, spt bekas digigit nyamuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kertapbunyi spt bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup; ~-kertup berbunyi kertap berkali-kali; berkertap berbunyi kertap: giginya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerkakbunyi spt bunyi barang keras digigit atau dikunyah, kerkup.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas