| bebas | /bébas/ 1 tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2 tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3 tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. ~ tol a. (bkn talian atau panggilan telefon) tidak dikenakan bayaran: talian ~ tol. b. (bkn jalan raya, jambatan dsb) tidak dikenakan bayaran jika menggunakannya: Mereka menggunakan laluan ~ tol utk pulang ke kampung. membebaskan 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bebas | /bébas/ 1. tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2. tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3. tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. membebaskan 1. membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2. melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3. memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1. orang yg membebaskan. 2. alat yg digunakan utk membebaskan. | Kamus Pelajar |
| rekod terhalang(blocked record) | Rekod yang tidak dapat dicapai kerana dihalang oleh ciri keselamatan sistem fail atau kerana rosak. | Kamus Komputer |
| terpenjara | 1 terkurung atau dikurung dlm penjara: Selama lima tahun, dia ~ kerana melakukan kesalahan itu. 2 ki tidak bebas (melakukan sesuatu): Jiwanya ~, walaupun dia tidak dihalang utk ke mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menghalang | 1 menahan sesuatu supaya tidak dpt bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| halang | ; menghalang 1 menahan sesuatu supaya tidak dpt bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. menghalangi menghalang berkali-kali. menghalangkan meletakkan sesuatu melintang: ~ kayu di jalan. terhalang 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2 tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh bangunan itu. halangan 1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan. berhalangan ada atau mendapat halangan (aral): Dia tidak dpt datang kerana ~. penghalang sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| halang | menghalang 1. menahan sesuatu supaya tidak dpt bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2. tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang:maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3. menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. menghalangi menghalang berkali-kali. menghalangkan meletakkan sesuatu melintang: ~ kayu di jalan. terhalang 1. tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2. tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh bangunan itu. halangan 1. batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2. aral; gangguan; rintangan. berhalangan ada atau mendapat halangan (aral): Dia tidak dpt datang kerana ~. penghalang sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. | Kamus Pelajar |
| penjara | tempat mengurung orang yg dihukum kerana membuat kesalahan; jel: Perompak itu sekarang ini sedang ditahan di ~. memenjarakan memasukkan seseorang ke dlm penjara kerana berbuat sesuatu kesalahan; mengurung dlm penjara. terpenjara 1 terkurung atau dikurung dlm penjara: Selama lima tahun, dia ~ kerana melakukan kesalahan itu. 2 ki tidak bebas (melakukan sesuatu): Jiwanya ~, walaupun dia tidak dihalang utk ke mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sewajarnya | 1. memang begitu halnya (keadaannya dll), sebenarnya (demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lalang I | sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumahnya sudah mulai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |