terkubur | 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkubur | 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuran | tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuran | tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. | Kamus Pelajar |
unjur I | unjuran tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. | Kamus Pelajar |
lalang I | sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumahnya sudah mulai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kubur | 1 tempat menanam mayat; makam. 2 = lubang (liang) ~ lubang dlm tanah tempat menanam mayat. berkubur ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. menguburkan menanam (mayat) dlm kubur; mengebumikan. terkubur 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. perkuburan kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. penguburan perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjur I | ; mengunjur duduk atau berbaring dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; berlunjur: Dia ~ di kaki lima. mengunjurkan meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. terunjur kedua-dua belah kaki diluruskan sewaktu duduk atau berbaring. unjuran tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padam I | 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (kemarahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput sesuatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kubur I | 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam; perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |