| lipat kajang | dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kajang | 1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas); kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah berÂhutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gulung I | 1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb); gulung-gemulung = bergulung-gulung; bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll; bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~; menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; tergulung sudah digulung; gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat; penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang; penggulung alat dll utk menggulung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berlipat | 1 dilipat dgn kemas (bkn kain baju, kertas dsb): Kain baju yg dibasuh sudah ~. 2 diperbanyak sekian kali; berganda: ~ tiga diperbanyak tiga kali; tiga kali sebanyak yg dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| membiru-biru | sl ark dilipat-lipat: kain, baju, destar dibiru-biru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuras | sehelai kertas cetak yg dilipat menjadi beberapa helai halaman buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| topi kelepet | songkok (yg boleh dilipat-lipat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kulansing | Mn ark sirih yg dilipat segi tiga sbg isyarat memanggil (menjemput) orang yg menerimanya, sirih pemanggil: nan dekat panggilan tiba, nan jauh ~ lepas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bangku lipat | bangku yg dapat dilipat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pisau lipat | pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |