Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipandu


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpimpin1. dibimbing, dipandu, di­tuntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pimpin I; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, di­tuntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan mem­bawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (me­nunjukkan jalan dll), membimbing, menun­tun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, per­gerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, meng­asuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-ran­cangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, pe­tunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak­tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemim­pin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluru terkendalipeluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran);Kamus Dewan Edisi Keempat
peluru berpandupeluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran);Kamus Dewan Edisi Keempat
halaju1 kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2 kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuan punyapemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa;Kamus Dewan Edisi Keempat
bsjkep batu sejam (bkn kelajuan kenderaan): lori itu dipandu pd kelajuan 50 ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kereta sportkereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kereta sportsj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
halaju1. kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2. kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb).Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas