| rabut I | lepas (lulus) kerana diragut; merabut meragut, mencabut, merenggut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| padang ragut | kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meragut | 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| padang rumput ternak | kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ragut | ; meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; ragutan hasil meragut; peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meragut | 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ragut | ; meragut 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: Pelancong menjadi sasaran ~ bermotosikal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| padang | 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak dikerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kiamat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padangnya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |