| pemprosesan terus(direct processing) | 1. Teknik memproses data secara langsung tanpa mengolah atau mengisih susunannya terlebih dahulu. 2. Teknik memproses data secara langsung tanpa menggunakan peranti perantara. | Kamus Komputer |
| output terus(direct output) | 1. Maklumat atau data output yang diperoleh secara langsung daripada saluran penghantaran atau peranti output tanpa bantuan orang tengah atau peranti lain. 2. Data pemprosesan yang diambil terus daripada pemprosesan yang sedang berlangsung, bukan daripada simpanan pita atau cakera. Singkatan DO. | Kamus Komputer |
| capaian terus(direct access) | Kaedah pencapaian peranti ingatan untuk mendapatkan kembali atau meletakkan data dengan menggunakan alamat yang tidak bersandarkan kedudukan fizikal alamat tersebut. Dalam kaedah capaian ini masa capaian untuk semua tempat dalam ingatan adalah sama. | Kamus Komputer |
| alamat terus(direct address) | Alamat yang menyatakan kedudukan sebenar kendalian atau data yang ingin dicapai tanpa merujuk sebarang daftar atau bahagian lain untuk memperoleh kedudukan tersebut. | Kamus Komputer |
| capaian ingatan terus(direct memory access) | Kaedah pencapaian ingatan utama komputer tanpa melalui kawalan CPU. Kaedah ini membolehkan peranti khas mendapatkan data dari ingatan utama dengan pantas. Biasanya CPU akan dilumpuhkan semasa pemindahan data capaian ingatan terus. Singkatan DMA. | Kamus Komputer |
| IDD | kep International Direct Dialling (PangĀgilan Terus Antarabangsa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengawal capaian ingatan terus(direct memory access controller) | Pemproses perkakasan yang mengawal pemindahan automatik blok ingatan dari ingatan utama ke peranti pemohon ketika proses DMA. Singkatan DMAC. | Kamus Komputer |
| DMAC | Singkatan bagi direct memory access controller. Lihat pengawal capaian ingatan terus. | Kamus Komputer |
| DMA | Singkatan bagi direct memory access. Lihat capaian ingatan terus. | Kamus Komputer |