| Rabbi | Ar Tuhan yg memiliki diriku: ya Allah, ya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terfikir | teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memisalkan | mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan sifat tabiatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rejam II | sl seksaan, aniaya: alamat ~ dan azab atas diriku akan terus berlaku; merejam 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air (kerana menyeksa); merejamkan memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga tenggelam, merendam: ambil sebarang bekas kosong dan rejamkan ke dlm air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keimanan | keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertawajuh | memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap fikiran dll pd Tuhan: aku pernah pula mengunci diriku dlm kamar dgn tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peribadi | 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sedang III, = sedangkan | 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. | Kamus Pelajar |
| bersangka | 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghisab | menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihitunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |