Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirundingkan

Peribahasa

Bagai jawi makan,
     dimamah dulu baru ditelan.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pokok pembicaraan (cerita, perundingan)perkara yg di­bicarakan (diceritakan, dirundingkan);Kamus Dewan Edisi Keempat
merundingkanmembincangkan sesuatu utk mendapatkan kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merundingkan1. memperhitungkan, mem­­perkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memper­katakan (membicarakan) sesuatu utk mem­peroleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
merundingkanmembincangkan sesuatu utk mendapat kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. Kamus Pelajar
bercariMn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
runding; berunding berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapatkan kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perunding orang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
runding; berundingberbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapat kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perundingorang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu.Kamus Pelajar
jawi Ilembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat.Kamus Dewan Edisi Keempat
cari1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, di­buat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguh­sungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh­-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggali1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas