| doktor bedah | doktor yg berkelayakan utk melakukan pembedahan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bedah | cara menyembuhkan penyakit dgn jalan memotong bahagian tubuh yg sakit: doktor ~ doktor yg ahli dlm hal bedah; ilmu ~ pengetahuan ttg bedah. membedah memotong atau menghiris bahagian tubuh yg sakit (utk menyembuhkannya): Apabila doktor hendak ~ seseorang pesakit, orang itu biasanya dibius terlebih dahulu. pembedahan perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. ~ jantung terbuka pembedahan pd jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal (tidak melalui jantung) semasa pembedahan itu. ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memulihkan, mengekalkan atau mempercantik paras rupa. ~ mikro pembedahan rumit yg dilakukan pd tisu, sel dsb dlm badan, dgn bantuan mikroskop. ~ plastik pembedahan utk membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa, dgn membuat pemindahan tisu, sama ada utk tujuan rawatan (bagi kecederaan), memulihkan kecacatan atau supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. pembedah 1 orang yg membedah; doktor yg membedah. 2 alat yg digunakan utk membedah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bedah | caca menyembuhkan penyakit dgn jalan memotong bahagian tubuh yg sakit: doktor ~ doktor yg ahli dlm hal bedah; ilmu ~ pengetahuan ttg bedah. membedah memotong atau mengiris bahagian tubuh yg sakit (utk menyembuhkannya): Apabila doktor hendak ~ seseorang pesakit, orang itu biasanya dibius terlebih dahulu. pembedahan perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. | Kamus Pelajar |
| doktor | 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum; ~ bedah doktor yg berkelayakan utk melakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pediatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor haiwan; kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk menjadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ pengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesarjanaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bedah | 1. pecah, rabak, sobek (bkn bendungan dll): kerana hujan lebat, empangan itu telah ~; 2. berkaitan dgn (terlibat di dlm, digunakan utk) pembedahan: doktor ~; ilmu ~; perkakas ~; membedah 1. membelah mana-mana bahagian badan utk membuang atau merawat bahagian yg berpenyakit: kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh; 2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang utk melihat isi di dalamnya utk tujuan pembelajaran): ~ arnab;pembedahan perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupaseseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;pembedah 1. orang (doktor) yg membedah; 2. alat utk membedah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |