| duduk-duduk | (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lepak | (lépak); budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat, spt di kalangan remaja yg menghabiskan masa dgn duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah: budaya ~ yg pd peringkat awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah diikuti oleh remaja; melepak 1. dlm keadaan terlalu letih, melepek; 2. berbuat sesuatu yg tidak mendatangkan faedah (spt duduk-duduk di kompleks membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dll): pd prinsipnya, remaja yg suka ~ itu merupakan mereka yg tidak mempunyai pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duduk-duduk | berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merukuk | = duduk ~ (duduk) membongkok (menunduk) dlm keadaan rukuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertimpuh | = duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sengkil | ; duduk ~ duduk di jendela atau di pintu utk memperlihatkan diri (perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berselepoh | ; duduk ~ duduk bertimpuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meloneng | duduk-duduk membuang masa (di hadapan rumah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terduduk | terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| timpuh | bertimpuh = duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapannya; timpuhan keadaan bertimpuh, simpuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |