| embrio | /émbrio/ ist 1 kandungan ibu dr peringkat permulaan hingga ke bulan ketiga. 2 baka binatang pd peringkat awal pertumbuhannya sebelum dilahirkan (menetas). 3 benih bijirin (tumbuh-tumbuhan) pd peringkat awal pertumbuhannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| embrio | (émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudghah, janin; 2. janin haiwan pd peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| embrio | /émbrio/ ist 1. kandungan ibu dr peringkat permulaan hingga ke bulan ketiga. 2. baka binatang pd peringkat awal pertumbuhannya sebelum dilahirkan (menetas). 3. benih bijirin (tumbuh-tumbuhan) pd peringkat awal pertumbuhannya. | Kamus Pelajar |
| radikel | (Bio) bahagian embrio biji benih yg akan berkembang menjadi akar utama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gestasi | (géstasi) (Bio) perkembangan embrio di dlm rahim antara mulai hamil (bunting) hingga masa dilahirkan: tempoh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| embriologi | /émbriologi/ ist kajian ttg perkembangan embrio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| teratologi | (tératologi) kajian tentang perkembangan embrio yg tidak normal dan kecacatan kongenital. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| endosperma | (éndosperma) (Bio) tisu pd kantung embrio tumbuhan berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa proses percambahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| embriogeni | (émbriogéni) proses pembentukan dan perkembangan embrio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| amnion | ist selaput paling dalam yg menyelaputi embrio mamalia, burung dan reptilia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |