| titik permulaan(entry point) | 1. Tahap permulaan yang perlu dicapai oleh sistem komputer bagi melaksanakan sesuatu kegunaan. 2. Tahap bagi kawalan atur cara memasuki suatu rutin atau prosedur. | Kamus Komputer |
| sistem permulaan(entry system) | Jenis sistem komputer yang perlu diperoleh buat permulaan untuk melaksanakan sesuatu kegunaan. Sistem ini boleh dikembangkan kemampuannya kemudian apabila keadaan mengizinkan. | Kamus Komputer |
| aras permulaan(entry level) | 1. Tahap sesuatu pihak dibenarkan masuk untuk menggunakan sistem komputer yang dilindungi. 2. Perkakasan atau perisian paling minimum untuk pelanggan membentuk suatu sistem. | Kamus Komputer |
| pemasukan manual(manual entry) | Proses memasukkan data oleh operator atau pengguna melalui penaipan atau cara lain yang bukan automatik. | Kamus Komputer |
| pemasukan data(data entry) | Proses menukarkan data kasar kepada bentuk yang sesuai untuk diproses oleh komputer. Proses ini meliputi semua kaedah masukan komputer, seperti penaipan, pengimbasan, penulisan, dan pertuturan. | Kamus Komputer |
| entri tertangguh(deferred entry) | Masukan tertangguh sesuatu proses ke dalam subrutin kerana terpaksa menunggu kawalan dipindahkan dari atur cara utama atau subrutin lain apabila peristiwa tak segerak yang ditunggu tiba. | Kamus Komputer |
| entri pembilang(counter entry) | 1. Data input yang digunakan oleh pembilang. 2. Tahap permulaan proses pembilangan. | Kamus Komputer |
| entri data(data entry) | Lihat pemasukan data. | Kamus Komputer |
| sistem entri pesanan(order entry system) | Bahagian input sistem pengurusan maklumat inventori berkomputer yang mengelolakan penerimaan pesanan pelanggan bagi barangan atau perkhidmatan. | Kamus Komputer |
| fungsi bersihkan entri(clear entry function) | Fungsi untuk membersihkan entri data. | Kamus Komputer |