| fenomena | /fénoména/ sesuatu (kenyataan, kejadian dsb) yg dpt dikesan oleh pancaindera dan dpt pula dijelaskan secara ilmiah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| fenomena | (fénoména) 1. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diperhatikan: ~ alam semula jadi; ~ sejarah; 2. sesuatu kenyataan atau kejadian yg dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| fenomena | /fénomena/ sesuatu (kenyataan, kejadian dsb) yg dpt dikesan oleh pancaindera dan dpt pula dijelaskan secara ilmiah. | Kamus Pelajar |
| globalisasi | fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat: Dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar. mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dsb ke peringkat dunia: Matlamat mereka adalah utk ~ perniagaan agar mendapat keuntungan yg banyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| aurora | fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau atau ungu; ~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Utara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| benak III | fenomena air sungai berombak besar dan mudik (ke hulu) ketika air pasang (berlaku di Sarawak, iaitu di sungai Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Samarahan, dan Batang Saribas). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| fenomenon | (fénoménon) ®fenomena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| epifenomena | (épifénomena) fenomena sekunder atau tambahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| vulkanisme | proses pembentukan (fenomena, letusan dsb) gunung berapi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| misteri | 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita, filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawabannya; kemisterian keadaan penuh misteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |