| sekitaran aman(friendly environment) | Keadaan atau tempat yang unggul untuk sistem komputer bekerja. Dalam keadaan begini, sistem dijangka dapat bekerja dengan baik kerana tiadanya gangguan pengaruh luar yang berat. Dengan itu, sistem direka bentuk dengan ketahanan sederhana dan tanpa banyak ciri untuk mengendalikan kegagalan luar dugaan. | Kamus Komputer |
| ramah pengguna(user-friendly) | Ciri pada perkakasan atau perisian komputer yang membolehkan pengguna menggunakan sistem dengan segera dan mudah, tanpa memerlukan pengalaman atau latihan yang tinggi. | Kamus Komputer |
| ramah eksekutif(executive-friendly) | Ciri perkakasan atau perisian komputer yang membolehkan para eksekutif pengurusan menggunakan sistem tersebut dengan mudah dan cepat bagi tujuan pengurusan. | Kamus Komputer |
| antara muka ramah(friendly interface) | Sistem antara muka yang direka bentuk supaya mudah digunakan oleh pengguna biasa. | Kamus Komputer |