Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Datuk II1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rasul= ~ Allah utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan me­nyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang ~; utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan me­nyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang ~; R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~ per­buatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW yg digalakkan diikuti oleh orang Islam; R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~ per­buatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW yg digalakkan diikuti oleh orang Islam; kerasulan perihal rasul (sifat, martabat, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
megat Isl gelaran utk orang bangsawan (bapa­nya orang kebanyakan tetapi ibunya drpd golongan raja).Kamus Dewan Edisi Keempat
panggil; memanggil 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. memanggilkan 1 memanggil utk: Dia ~ ibunya sebuah teksi. 2 menyebut atau menggelar dgn: Dia marah kalau kita tidak ~ tuan kpdnya. panggilan 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelarankata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rajaI 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Teng­gara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsa­wan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg ber­kuasa, ketua, pemerintah: kompeni Ing­geris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerin­tah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg ter­makan budi kita; 6. orang yg besar kuasa­nya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpenga­ruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai bina­tang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpen­ting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpeme­rintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm pe­nya­bungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pe­mangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb ber­setuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baik­lah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (mengham­bakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerin­tah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempenga­ruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah di­­raja­kan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintah­an negeri yg menjadi sebahagian drpd keraja­an kebangsaan atau pusat; ~ pusat peme­rin­tahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara se­hingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg mele­tak­kan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perban­dar­an dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kera­jaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelar1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rohAr 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua men­doakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelar1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk dll yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2. nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa.Kamus Pelajar
panggilan1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas