| geran | surat hak milik tanah; ~ besar geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg lebih drpd 4 hektar luasnya; ~ hidup geran bagi tanah yg dimiliki utk jangka yg tertentu; ~ kecil geran utk tanah di luar bandar yg lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; ~ merah geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu; ~ putih geran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| geran putih | geran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| geran merah | geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| geran kecil | geran utk tanah di luar bandar yg lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| geran hidup | geran bagi tanah yg dimiliki utk jangka yg tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| geran besar | geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg lebih drpd 4 hektar luasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| geran | surat tanda memiliki tanah, rumah dll; surat hak milik tanah, rumah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua | 
			
				| geran | surat tanda memiliki tanah; surat hak milik tanah. | Kamus Pelajar | 
			
				| surat cara | dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat | 
			
				| petak I | (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (menanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |