| sain | bp 1. tandatangan; ~ terbang tandatangan tiruan (palsu); 2. kontrak: abangnya ber-cakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dgn tentera; menyain menurunkan tandatangan, menanda-tangani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| habis-habis | 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| noda | 1. bintik, kotoran (pd baju dll): dibersihkannya ~ yg ada pd kainnya itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;bernoda 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~; menodai 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai; ternoda telah dinodai: niat yg suci itu menjadi ~ apabila disalurkan melalui cara yg hina; kenodaan keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;penodaan perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat ~;penoda orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan seseorang (perempuan): gadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berakhir | 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| habis | 1 sedikit pun tidak ada yg tinggal lagi kerana sudah digunakan, dimakan dsb: Barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya. 2 sudah siap dikerjakan dsb; selesai; berakhir; tamat: Pd akhir bulan ini, ~lah kerja itu. Pertunjukan pertama ~ pd pukul lapan malam. 3 selepas; setelah; sesudah: ~ makan, dia pun pulang ke rumahnya. 4 kesemuanya; sekaliannya; seluruhnya: Kalau aku tak datang nanti, budak-budak itu ~ pulang. 5 kalau begitu; jadi: ~, takkan kita berdiam diri saja! 6 = sehabis teramat sangat; paling: Gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. ~ akal tidak tahu apa yg hendak dilakukan; bingung. ~ bulan a. akhir bulan; hujung bulan. b. awal bulan yg akan datang. ~ licin habis semua sekali. ~ modal a. tidak ada lagi modalnya yg tinggal. b. tidak ada apa-apa lagi yg hendak dikatakan. habis-habis 1 hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2 habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. habis-habisan 1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. berhabis-habisan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. menghabisi menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menghabiskan 1 menggunakan (memakan, membelanjakan dll) sesuatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? kehabisan 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ. penghabisan 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. sehabis 1 sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2 paling; terlalu sekali; habis. sehabis-habis 1 terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2 sekuasanya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| habis | 1. sedikit pun tidak ada yg tinggal lagi kerana sudah digunakan, dimakan dsb: Barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya. 2. sudah siap dikerjakan dsb; selesai; berakhir; tamat: Pd akhir bulan ini, ~lah kerja itu. Pertunjukan pertama ~ pd pukul lapan malam. 3. selepas; setelah; sesudah: ~ makan, dia pun pulang ke rumahnya. 4. kesemuanya; sekaliannya; seluruhnya: Kalau aku tak datang nanti, budak-budak itu ~ pulang. 5. kalau begitu; jadi: ~, takkan kita berdiam diri saja! 6 = sehabis teramat sangat; paling: Gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. ~ akal tidak tahu apa yg hendak dilakukan; bingung ~ bulan. a. akhir bulan; hujung bulan. b. awal bulan yg akan datang. ~ licin habis semua sekali. ~ modal a. tidak adal lagi modalnya yg tinggal. b. tidak ada apa-apa lagi yg hendak dikatakan. habis-habis 1. hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2. habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. habis-habisan 1. sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~,kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2. sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. berhabis-habisan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; bermati-matian. menghabisi menyudahi; mengakhiri: ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menghabiskan 1. menggunakan (spt memakan, membelanjakan dll) sesuatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2. menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3. menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? kehabisan telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun. Keretanya ~ minyak di tengah jalan. penghabisan 1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. sehabis 1. sebaik-baik habis; sesudah; selepas: ~ ia berucap, para hadirin bertepuk tangan. 2. paling; terlalu sekali; habis. sehabis-habis 1. terlalu sangat; teramat sangat; paling: Orang-orang yg melihatnya menceritakan bahawa puteri itu ~ cantik. 2. sekuasanya; sedapat mungkin; sedapat-dapat; sepenuhnya: bekerja dgn ~ tenaga. | Kamus Pelajar |
| pegangan | 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. bahagian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg dipegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pedoman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. perbuatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hela | /héla/; menghela menarik atau menyeret: ~ pedati; Dia menarik tangan adiknya dan ~nya ke luar kamar. ~ nafas menarik nafas; menyedut udara. helaan 1 hal atau hasil menghela (menarik); tarikan. 2 sesuatu yg dihela; tarikan: ~nya begitu berat sehingga hampir habis tenaga yg digunakannya. penghela 1 orang yg menghela; penarik. 2 alat utk menghela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |