| demikian | begitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tetap | 1 tidak berpindah atau tidak berganjak dr tempatnya: Orang tuanya ~ tinggal di kampung, tidak mahu berpindah ke tempat lain. 2 tidak berubah-ubah keadaannya atau halnya; selalu demikian halnya: Sekali merdeka ~ merdeka. 3 kekal sepanjang masa atau kekal utk selama-lamanya: Moga-moga persahabatan kita ~ hingga ke akhir hayat. 4 sudah pasti; tentu; mesti: Mesyuarat tsb ~ akan diadakan pd hari itu. 5 bukan utk sementara waktu: Jawatan ini ~ dan berpencen. 6 ki teguh berpegang pd kepercayaannya, pendapatnya dll: Dia ~ tidak mahu berdamai dgn musuhnya. menetap duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. menetapi memenuhi atau menunaikan janji dll: Dia tidak pernah ~ janjinya. menetapkan 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. ketetapan 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak majikan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. penetapan perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. penetap sesuatu yg menetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| juga | 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| juga | 1. sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun:Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2. selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. | Kamus Pelajar |
| membawa halnya | mengembara mencari penghidupan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seumpama | sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sama sahaja (juga halnya) dgn | tidak ubahnya spt; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| itulah | demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi, ~ anak yg nakal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seperti | 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sewajar dgn | sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |