| kepala(head) | 1. Lihat kepala magnet. 2. Unsur yang berada di hadapan barisan atau senarai. | Kamus Komputer |
| slot kepala(head slot) | Lihat lubang capaian. | Kamus Komputer |
| nahas kepala(head crash) | Keadaan yang berlaku dalam sistem pemacu cakera apabila kepala pembaca tersentuh permukaan cakera secara tidak sengaja. | Kamus Komputer |
| peranti pencuci kepala(head-cleaning device) | Peranti pembersihan yang digunakan untuk mencuci kepala baca/tulis pada pemacu cakera atau pemacu pita. | Kamus Komputer |
| kepala tulis(write head) | Bahagian peranti rakaman yang boleh memindahkan data dalam bentuk isyarat elektrik kepada bentuk corak bermagnet pada bahantara bermagnet. | Kamus Komputer |
| kepala senarai(list head) | Sel pertama atau butiran hadapan dalam suatu senarai. Bandingkan ekor senarai. | Kamus Komputer |
| kepala rakam(record head) | Peranti yang berfungsi merakamkan atau memindahkan data kepada bahantara simpanan seperti pita, kad bermagnet, dan cakera. | Kamus Komputer |
| kepala magnet(magnetic head) | Peranti elektromagnet yang digunakan untuk menulis, membaca, atau memadamkan data pada permukaan bahantara bermagnet seperti pita atau cakera. | Kamus Komputer |
| kepala pemadam DC(DC erasing head) | Bahagian peranti rakaman yang dapat membuang corak bit magnet daripada bahantara simpanan bermagnet, seperti pita atau cakera liut, dengan menggunakan medan magnet yang diuja oleh arus terus. | Kamus Komputer |