| bertabik | hormat-menghormati: dlm percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mentakzimkan | memberi hormat; menghormati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| takzim | amat hormat: sembah ~ sembah hormat. mentakzimkan memberi hormat; menghormati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berformulakan | berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pandang-memandang | 1. berpandang-pandangan, saling memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati (menghargai dll), hormat-menghormati, segan-menyegani, dll: hidup berjiran begini, kita harus ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabik | 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demikian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. perbuatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak berbuat demikian;kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri); bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat; bertabik hormat-menghormati: dlm percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;menabik 1. memberi salam; 2. memberi hormat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hormat | 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); berhormat mempunyai kedudukan yg dihormati atau dimuliakan: Cikgu Amin seorang yg ~ di kampung itu; Yang B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; Yang Amat B~ panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; berhormat-hormatan, hormat-menghormati saling memberi hormat; menghormati 1. memberi (melahirkan, menaruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hormatilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan: aku ~ pendapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg dipercayai dan dihormati; ia dihormati dan ditakuti oleh anak-anak kapal; terhormat (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pembesar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; kehormat 1. yg dihormati dan diraikan: tetamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; kehormatan 1. pemberian hormat (penghargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dikebumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk menyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; penghormatan perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhannya; ~ terakhir perbuatan memberikan penghormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, bertafakur dsb; penghormat 1. yg menghormati; 2. yg dibuat (dipakai) kerana menghormati: barisan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mentakzimkan | memberi hormat akan; menghormati. | Kamus Pelajar |
| mengempu | 1 memberi hormat kpd; menghormati. 2 mengasuh dan membimbing; mendidik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mengumpama | sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |