| jadinya | kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sejadi-jadinya | , sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sejadi-jadi | , sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seman /séman/ | 2 tidak sempurna jadinya (bkn anak di dlm kandungan, padi dll). | Kamus Pelajar |
| merundingkan | 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelabuhan alam | pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| biodiversiti | kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadinya: Sarawak ialah tempat yg memiliki ~ yg tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kerja lapangan | kajian ttg sesuatu yg dilakukan di tempat semula jadinya utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu), dan bukan dijalankan di dlm makmal, di dlm pejabat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| haru | kacau: dia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~ jadinya; mengharu 1. mengacau, mengaduk (santan, tepung, dll); 2. mengganggu, menggoda, merasuk dll (bkn perbuatan manusia dll yg jahat): parti-parti pembangkang yg ~ mereka di parlimen; bahawasanya syaitanlah yg ~ raja; 3. menjadikan tidak tenteram, mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan: hatinya telah diharu oleh perasaan malu; mengharukan 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan: penempatan semula dikerjakan utk menyelamatkan orang kampung drpd diharukan pengganas komunis; 2. merusuhkan, menggelisahkan, merunsingkan: pasti ada sesuatu dlm kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilukan, menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar; suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu; terharu berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; keterharuan keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll; keharuan 1. kerusuhan, kekacauan: tulisannya itu menggambarkan segala ~ dan kegelisahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati; pengharuan perihal mengharukan; pengharu pengacau, pengganggu, perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyeladang | menyeluruh dan merata; ~ bagai panas di padang prb sesuatu yg menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |