| kunci jam (arloji) | alat utk memutar jam (supaya berjalan jarumnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suntik | 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum, cucuk: ~ utk mencegah penyakit; jarum ~ jarum yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm badan; ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm badan dgn jarum; 2. tanam cacar; menyuntik 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menyediakan; menyuntikkan memasukkan (ubat, cairan, dll) ke dlm badan dgn jarum: ~ serum; suntikan 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; penyuntikan perihal menyuntik: memasukkan ubat ke dlm tubuh dgn jalan ~ tidak membatalkan puasa; penyuntik alat utk menyuntik: jarum ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jarum I | 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat memasukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula memainkan ~nya mengenai pengiriman senjata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat timbang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kait I | 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sangkut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kait | besi, buluh dsb yg bercangkuk hujungnya (digunakan utk mengambil buah-buahan dll): jarum ~ jarum yg bercangkuk hujungnya utk membuat renda dll. berkait 1 bercangkuk hujungnya: Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2 tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. berkaitan ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan: Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. mengait 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. mengaitkan menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. kaitan 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. perkaitan hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. pengait 1 benda yg hujungnya berkait; kait. 2 orang yg mengait sesuatu: ~ kelapa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pukul I | 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersembunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kunci I | 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarumnya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalansoalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. mengakhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kait | besi, buluh dsb yg bercangkuk hujungnya (digunakan utk mengambil buah-buahan dll):jarum ~ jarum yg bercangkuk hujungnya utk membuat renda dll. berkait 1. bercangkuk hujungnya:Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2. tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. berkaitan ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan:Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. mengait 1. memetik (buah-buahan dll) dgn kait:Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2. membuat renda dll dgn jarum kait:Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. mengaitkan menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. kaitan 1. sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2. sesuatu yg bersangkutan; hubungan:Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. perkaitan hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. pengait 1. benda yg hujungnya berkait; kait. 2. orang yg mengait sesuatu:~ kelapa. | Kamus Pelajar |
| tusuk | barang yg runcing lagi tajam utk mencucuk (penyemat, jarum, dll), cucuk, pencucuk; ~ kundai cucuk (penyemat) sanggul; menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; ~ hati ki menyakiti (menyakitkan) hati; menusukkan 1. mencucuk sesuatu pd, me-nembuskan (dgn barang yg tajam); 2. mena-namkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; tertusuk tertikam, tercucuk: besi tajam yg terpasang itu ~ pd perut kerbau itu; ~ hati berasa tersinggung atau sakit hati; tusukan 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenar-nya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jahit | menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenisnya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sangkut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (membuat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |