Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jikalau
Rujuk :jika


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serta1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang.Kamus Dewan Edisi Keempat
enggantidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersetujutidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. berbetulan (dgn), bertepatan (dgn);Kamus Dewan Edisi Keempat
entah1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu.Kamus Dewan Edisi Keempat
cita I1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan se­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. meng­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
setuju1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn);Kamus Dewan Edisi Keempat
sampai I1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
dusun I1. kampung yg terpencil, dukuh; orang ~ orang kampung (desa); 2. kebun buah-buahan: ~ yg sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yg memuaskan; berfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang prb orang yg terlalu sempit (terhad) pengetahuannya; jikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, harus­lah ~ itu dibuangkan prb orang yg menye­babkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan; berdusun mempunyai dusun (buah-buahan); pedusunan kawasan dusun, kumpulan dusun.Kamus Dewan Edisi Keempat
betul1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampibertampi ditampi: beras itu masih belum ~ lagi;menampi 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg digerak-gerakkan: sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yg besar drpd yg lebih kecil; 2. ki menapis utk memilih yg elok: sudah kami tampi maksud tuan itu; 3. bergerak-gerak turun naik (dada dll), termengah-mengah (nafas): dada saya ~ lebih keras drpd biasa, badan saya berasa seram sejuk; darah ~ berdebar-debar (kerana terperanjat dll); kalau ~ ja­ng­an tumpah padinya prb a) jikalau bekerja hendak­lah dibuat dgn baik-baik; b) jikalau memilih sesuatu janganlah pula barang yg berguna sampai terbuang; tampian penampi; penampi alat utk menampi (nyiru, badang, dll): pagi-pagi lagi mereka telah turun ke sawah membawa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas