| muka | 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuatbuat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kemudi | 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anak I | 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| olengan | gerakan mengoleng-oleng, ayunan, goyangan, goncangan: kepala diteleng-telengkan, ~nya spt kapal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lambung II | rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll), samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya; melambung mendatangi (menyerang, melanggar, dll) dr samping; melambungi 1. mengenakan atau memasang binaan pd lambung kapal (rumah dll); 2. belayar atau bergerak di samping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muat | 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan tidak mahu mem-bawa dia dan isterinya bersama dgn alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi; ~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian; ~ turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian; bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dll); bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~ beberapa batang kayu balak; memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi: pelangnya itu dimuati-nya dgn pisang dan ubi keladi; memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiarkan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jena-ka rakyat; muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian; pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| katamaran | sj kapal layar yg mempunyai dua badan kapal berkembar yg selari kedudukannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| skuadron | sebilangan kapal terbang (biasanya sepuluh buah) yg membentuk satu pasukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jurutinggi | anak buah perahu (kapal) yg kerjanya memasang layar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lambungan | rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll), samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |