| meniupkan | 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (perselisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tajuk | 1 perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak, bunga-bungaan dll). 2 sesuatu yg dijadikan nama sesuatu karangan dll; kepala (karangan); judul. bertajuk ada tajuknya atau ada judulnya: Karangan ini tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kebaharuan | sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertajuk | ada tajuknya atau ada judulnya: Karangan ini tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kesimpulan | 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| komposisi | 1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. bahagian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk peribumi dan bukan peribumi; mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| draf I | karangan (surat, lukisan dll) yg mula-mula dibuat utk disalin semula: Saya sedang menyemak ~nya. mendraf membuat draf (karangan, surat, lukisan dll): Dia sedang ~ surat utk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. pendrafan perbuatan atau hal mendraf: ~ entri baru kamus tsb sedang giat dijalankan. pendraf orang yg membuat draf atau yg menyediakan draf: ~ entri kamus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cerita | 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi membentangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengandungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disiasiakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ringkas | 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pendeknya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |