| kata kerja pasif | (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tasrif | Ar (Lin) perubahan bentuk kata kerja; mentasrifkan mengubah bentuk kata kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kata kerja | kata yg menyatakan perbuatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kata kerja | (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerja raya | kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pasif | 1. menerima pengaruh (tidak mempengaruhi), tidak giat (melawan dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan; mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek boleh dipasifkan; kepasifan perihal pasif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| (kerja, pekerja, dsb) kolar biru | (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerja lapangan | kajian ttg sesuatu yg dilakukan di tempat semula jadinya utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu), dan bukan dijalankan di dlm makmal, di dlm pejabat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kerja kosong | jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kerja latihan | sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengalaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |