| kecerdasan buatan(artificial intelligence) | Bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian yang memberi mesin kemampuan untuk berfikir seperti manusia atau kepandaian untuk membaiki dirinya. | Kamus Komputer |
| AI | Singkatan bagi artificial intelligence. Lihat kecerdasan buatan. | Kamus Komputer |
| sistem pakar(expert system) | Perisian komputer yang menggunakan teknik kecerdasan buatan dalam atur caranya untuk bertindak sebagai pakar nasihat bagi sesuatu bidang. | Kamus Komputer |
| pemprosesan bahasa tabii(natural language processing) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP. | Kamus Komputer |
| pemahaman bahasa tabii(natural language understanding) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU. | Kamus Komputer |
| domain pengetahuan(knowledge domain) | Kawasan liputan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan. | Kamus Komputer |
| logik kabur(fuzzy logic) | Kaedah mengendalikan ketidaktentuan atau keadaan kabur dalam kecerdasan buatan melalui penggunaan logik yang berasaskan nilai yang diletakkan pada andaian. | Kamus Komputer |
| pemikiran beranalogi(analogical reasoning) | Kaedah membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara dalam bidang kecerdasan buatan dengan mengkaji model perkara tersebut dan kemudian menggunakannya sebagai contoh atau analogi bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. | Kamus Komputer |