| farmakologi | sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat, tindakan, dan kegunaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pragmatisme | 1. kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin, dsb bergantung pd kegunaannya secara praktik; 2. cara menangani masalah atau menghadapi sesuatu isu secara praktikal, sikap pragmatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meja | (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| etnobotani | (étnobotani) kajian tentang pengetahuan dan adat resam sesuatu suku bangsa yg berkaitan dgn tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| fungsionalisme | prinsip dlm seni bina, reka bentuk dsb yg menekankan bahawa bentuk sesuatu bangunan dsb hendaklah ditentukan oleh fungsi dan kegunaannya: falsafah ~ boleh dikatakan berasal drpd ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |