| kehairanan | = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kehairanan | 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kehairanan | 1 = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2. keadaan hairan. | Kamus Pelajar |
| terpisat-pisat | kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kekaguman | ketakjuban, kehairanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersicengang | hairan, kehairanan: ~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bercengang | hairan, kehairanan: ~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| termangau | tercengang-cengang kehairanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ketakjuban | perihal takjub, kehairanan, kekaguman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pisat | ; terpisat-pisat kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |