| kelayakan | kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kelayakan | kebolehan, kecekapan, kesanggupan: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kelayakan | kebolehan; kecekapan:~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. | Kamus Pelajar |
| kebolehan | kelayakan, kecekapan: mereka mendapat pekerjaan menurut ~ masing-masing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkelayakan | mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| diploma | (sijil) kelayakan yg biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya drpd ijazah: dia baru lulus drpd latihan pertanian dan ~nya terpampang di dinding rumahnya; dia mengikuti kursus ~ pendidikan di Universiti Malaya; berdiploma sudah mendapat diploma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkebolehan | mempunyai kelayakan (kecekapan): lebih ramai lagi wanita yg ~ tampil ke muka utk memasuki barisan menjaga keselamatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| profesion | /profésion/ pekerjaan yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yg melalui latihan khusus dan berterusan, spt dlm bidang perubatan, seni bina dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| testimonial | (téstimonial) surat perakuan tentang keperibadian, kebolehan, kelayakan, dsb seseorang, yg biasanya diberikan oleh majikannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| surat akuan | surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |